Tempatan

Letupan Bom Di Jalan Klang Lama, Polis Buru Dua Suspek

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Mei 2023 – Pihak polis memburu dua suspek berhubung kejadian letupan disyaki bom buatan sendiri di sebuah kedai di Tiara Mutiara 1, Jalan Klang Lama, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superitendan Basri Sagoni, dua suspek terbabit dikesan menerusi hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tersebut.

Kata beliau, pengadu iaitu lelaki tempatan berusia 27 tahun telah menerima panggilan daripada pengawal keselamatan yang memaklumkan bahawa berlakunya letupan kecil di hadapan kedainya pada jam enam pagi.

BACA JUGA: Kecewa Bekalan Air Keruh, Penduduk Gali Telaga Baharu Di Musim Kemarau

BACA JUGA: Kontroversi Dana Sekolah Vernakular Cina, Dong Zong Mahu Kerajaan Henti Buat Makluman

BACA JUGA: Kumpulan Negara Arab Mahu Kuasa Asing Tinggalkan Bumi Syria

“Pemeriksaan dilakukan unit pemusnah bom (UPB) polis, forensik dan bomba menjumpai tiga paip PVC warna putih yang diubah suai menjadi bahan letupan,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, hasil pemeriksaan pada paip PVC itu turut menjumpai alat IED dengan kawalan jauh.

Hasil daripada siasatan lanjut, serpihan letupan turut ditemui pihak polis di lokasi kejadian.

Pihak polis menemukan tiga kesan cap jari pada serpihan tersebut.

Bagaimanapun, motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis sedang menggiatkan usaha bagi mengesan suspek.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.”

Justeru, beliau menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan ke balai berdekatan atau menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian, 03-22979222.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: