Tempatan

PT3 Dimansuhkan: Selamat Datang Ke Pendidikan Carba Marba Malaysia – Netizen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Jun 2022 – “Selamat datang ke pendidikan carba marba hanya di Malaysia. Bila pendidikan pun dipolitikkan, inilah jadinya. PRU nanti tukar Kerajaan, tukar orang lain, lainlah bendanya konon-kononnya nak buat pembaharuan tapi menyusahkan semua orang.”

Ini merupakan luahan netizen di media sosial Twitter susulan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bahawa Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan dimansuhkan mulai tahun ini.

Luahan ini merupakan komen @tehtarikOnIce kepada ciapan seorang pengguna Twitter, @Raziq_Azrin.

@Raziq_Azrin meluahkan amarahnya susulan pengumuman pemansuhan PT3 kerana menurutnya, kumpulan pelajar seusianya rupa-rupanya dijadikan bahan uji kaji oleh kementerian.

“PT3 dimansuhkan? Maksud awak saya mendudukinya tiga tahun lalu untuk sesuatu yang sia-sia? Batch 04 sememangnya tikus makmal kementerian. Duduki kurikulum baharu UPSR dan PT3 sebagai kumpulan pelajar yang pertama untuk kedua-duanya dimansuhkan.”

Menurut seorang pengguna Twitter lain, apa yang dimaksudkan kurikulum baharu oleh @Raziq_Azrin adalah format baharu.

Ciapannya itu mendapat persetujuan daripada sebilangan pengguna media sosial lain seperti @winkwinktington dan @countingstaaar.

“Faham sangat, ada adik seorang tahun 04, masa nak tolong dia belajar pun susah sebab silibus lain (lain tu tak kisahlah tapi susah bak hang) nak tengok tahun sebelum pun tak ada yang sama, jadi memang belajar sesama kawan-kawan sahajalah itu pun banyak tak betul,” kata @countingstaaar.

@winkwinktington pula berkata, “Tiap-tiap batch pelajar semuanya tikus makmal weh… Aku batch ‘92 pun jadi tikus makmal juga…”

Seorang lagi pengguna Twitter, @fatin_hiwayat pula mempersoalkan, apa tujuan Kerajaan memansuhkan PT3.

“Aku cuma nak persoallah, jangan hakimi aku ok. Jadi kenapa Kerajaan nak mansuhkan UPSR lepas tu PT3. Apa gunanya. Aku faham je apa yang menteri cakap tadi tapi kenapa nak mansuhkan benda yang dah lama buat. Kenapa tak teruskan je. Ada banyak lagi kot boleh progress tapi kenapa nak mansuhkan?”

Seterusnya @fatin_hiwayat turut mengemukakan persoalan sama ada adakah selepas ini Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga akan dimansuhkan.

“Dan ada kemungkinan untuk SPM juga dimansuhkan? Jadi apa guna semua orang pergi ke sekolah, kenapa wujudnya sekolah rendah dan menengah, kenapa tak gabung je sebab bukannya ada peringkat dah pun,” katanya lagi.

Baru-baru ini Kerajaan mengumumkan Ujian PT3 dimansuhkan mulai tahun ini dan penilaian murid akan dibuat menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Keputusan itu dibuat selepas mendapat maklum balas daripada libat urus pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan guru berhubung penilaian ke atas pelajar susulan pemansuhan PT3.

Utusan melaporkan, PBS akan melibatkan bukan sahaja pelajar sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, 2 dan 3 tetapi juga bagi murid-murid sekolah rendah Tahun 4, 5 dan 6.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: