PRU Pernah Dibuat Masa Banjir – Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 07 Oktober 2022 – Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mastura Yazid, berucap dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, telah menegaskan bahawa Malaysia pernah mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam keadaan negara ditimpa bencana banjir.
Menurut laporan beliau dikatakan telah memetik peristiwa PRU yang diadakan pada November 1999, selain dari Pilihan Raya Sarawak yang diadakan pada penghujung tahun lalu.
Jelas beliau lagi, jentera-jentera Kerajaan telah diarahkan untuk mempersiapkan segala persediaan sekiranya PRU-15 akan diadakan dalam keadaan negara sedang dibadai monsun Timur Laut.
Namun, beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan akan mengambil kira pendapat dari agensi-agensi sebelum apa-apa keputusan dibuat.
Hal ini turut mendapat perhatian pengguna media sosial, di mana seorang pengguna menyatakan bahawa situasi banjir ketika itu adalah berbeza dengan situasi yang bakal dihadapi kini.
“Musim banjir dulu dengan sekarang berbeza YB… bukan lebih bagus, ia lebih teruk,” ujar pengguna tersebut.
Seorang pengguna media sosial lain pula menyatakan bahawa fokus perlu diberikan kepada menjaga kebajikan rakyat serta menyediakan persiapan untuk menghadapi banjir.