Tempatan

PRU Musim Banjir, PPS Beri Laluan Kepada Pusat Mengundi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANGAR, 20 Oktober 2022 – Sekolah yang disiapkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) kemungkinan besar terpaksa ditukarkan menjadi pusat pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perlis memaklumkan, penyelarasan akan diadakan antara Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan sekolah mana yang diperlukan untuk pusat mengundi dan PPS alternatif.

Pengerusi JPBN Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, antara 120 PPS di seluruh Perlis, 102 daripadanya adalah sekolah.

Namun, beliau menjelaskan tidak semestinya PPS ini ditutup, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga agar tiada pertembungan berlaku, PPS alternatif haruslah disediakan.

“Mangsa banjir mungkin akan dihantar ke PPS terdekat atau dewan orang ramai atau balai raya yang tidak digunakan untuk tujuan mengundi sebagai PPS gantian,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: