PRU-15Tempatan

PRU-15: Tiada Diskaun Tiket Bas Disediakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 November 2022 – Tiada diskaun tiket bas akan ditawarkan sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Bas Seluruh Malaysia ( PMBOA), Datuk Mohamad Asfar Ali.

Katanya, pihaknya mengekalkan tambang sedia ada dan tidak menyarankan pengusaha bas melakukan potongan harga tiket bas bagi mengelak penumpang mengambil kesempatan.

“Kita tidak pasti sama ada penumpang yang balik menggunakan bas ke kawasan masing-masing yang menjelang PRU nanti sama ada bertujuan balik mengundi atau tidak.”

“Oleh itu, kita tidak dapat nak kawal dan jejak penumpang yang betul-betul nak balik mengundi, jika diskaun bagi harga tiket bas diberi,” jelasnya.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menetapkan tambang bas ekonomi ekspres adalah RM0.093 sen sekilometer.

Walau bagaimanapun, Easybook.com menawarkan potongan harga sebanyak 15 peratus bagi yang menempah tiket pulang menggunakan laman sesawang dan aplikasi mereka.

Pembelian tersebut adalah bagi tempoh perjalanan dari 16 hingga 22 November dan tertakluk kepada terma serta syarat.

Terdahulu, Malaysia Airlines melancarkan kempen ‘Jom Balik Mengundi’, dengan tawaran tambang diskaun sebanyak 20 peratus untuk membantu perjalanan pengundi balik kampung, susulan pengumuman tarikh PRU-15.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: