Tempatan

PRU-15: Tempoh Mengundi Dilanjutkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Oktober 2022 – Tempoh masa pengundian bagi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang akan dipanjangkan selama satu jam dari waktu asal iaitu bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.

“Tempoh masa pengundian dipanjangkan selama 1 jam iaitu bermula jam 8 pagi hingga 6 petang bagi Semenanjung Malaysia dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi Sabah dan Sarawak,” kata Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) yang mahu mengetahui penambahbaikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi serta menjamin ketelusan proses mengundi pada PRU-15 dan seterusnya.

Jelasnya, pemanjangan tempoh masa ini bertujuan untuk memberi masa yang mencukupi kepada pemilih untuk membuang undi.

Sebelum ini, tempoh pengundian ditetapkan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang sahaja.

Tambahnya lagi, SPR juga telah melaksanakan beberapa penambahbaikan termasuk mewujudkan saluran khusus kepada pengundi 60 tahun ke atas dan orang kurang upaya (OKU) yang dihadkan kepada 450 pengundi.

Selain itu, susulan pelaksanaan undi 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik, SPR juga telah mengambil inisiatif untuk menambah jumlah pusat mengundi dan saluran sedia ada.

Dalam pada itu, Wan Junaidi memaklumkan semua warganegara Malaysia yang berada di luar negara dan merupakan pemilih berdaftar layak untuk memohon sebagai pengundi pos.

Ia susulan pemansuhan syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara seperti yang dilaksanakan pada PRU14.

Katanya, penambahbaikan itu dibuat bagi memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini lebih efisien, adil dan telus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: