PRU-15

PRU-15: Sarawak Pertimbang Tanggung Kos Tiket Anak Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 21 Oktober 2022 – “Perlu saya jelaskan di sini, apa yang saya katakan itu adalah kerajaan sedia mempertimbangkan apabila ada yang bertanya jika kerajaan Sarawak akan menanggung kos tiket penerbangan untuk anak Sarawak khususnya pelajar di luar Sarawak untuk balik mengundi,” kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Ujarnya, beliau tidak menjanjikan Kerajaan Negeri akan membiayai sepenuhnya kos penerbangan balik, namun, mereka sedia meneliti dan mempertimbangkan pemberian subsidi jika ia tidak bertentangan dengan undang-undang pilihan raya.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjawab pertanyaan dari seorang pelajar pada program ‘Lan Berambeh Anak Sarawak’ di Kuala Lumpur, Sabtu lalu, seperti menurut laporan sebuah portal tempatan.

“Orang bertanya, jadi saya kena jawablah dan saya akan bertemu dengan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang lain untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenainya kerana kita mahu menelitinya dari sudut perundangan,” katanya lagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Bin Salleh semalam mengumumkan bahawa tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 ditetapkan pada 19 November 2022 ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: