PRU-15

PRU-15: Jangan Pilih Calon Yang Khianat Agama & Negara – Mufti P.Pinang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 21 Oktober 2022 – “Namun umat Islam dilarang memilih seorang calon yang diketahui tidak bertanggungjawab dan mengkhianati amanah terhadap agama, negara dan rakyat,” tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor.

Mengulas lanjut mengenai pilihan raya dan calon pilihan raya, Datuk Seri Wan Salim berkata, pengundi dilarang memilih seorang yang menyeru kepada kesesatan atau maksiat kerana dibimbangi individu seperti itu akan menyalahgunakan kuasa, jawatan dan kedudukannya nanti untuk merosakkan agama, masyarakat serta negara.

“Ungkapan Nabi Yusuf sebagaimana di dalam al-Quran bahawa calon yang layak dipilih mewakili rakyat mestilah memiliki dua kualiti peribadi.”

“Iaitu calon dapat memelihara amanah yang diharapkan oleh para pengundi dan mempunyai kebolehan atau kecekapan mengurus serta mengendalikan pekerjaannya dengan baik.’’

Ujarnya lagi, umat Islam juga diharuskan memilih calon daripada kalangan bukan Islam sekiranya terbukti atau diyakini boleh memberi perkhidmatan yang berfaedah kepada rakyat dan negara termasuk kemajuan agama Islam.

“Ini adalah menurut pandangan beberapa ulama muktabar seperti Imam Ramli, Imam Ibnu Hajar al-Haitami dan Imam Khatib Syarbini di dalam kitab-kitab karangan mereka.”

Dalam masa yang sama, Mufti Pulau Pinang itu turut mengingatkan umat Islam agar turut serta mengundi kerana ia merupakan satu fardu kifayah dan merupakan salah satu cara atau kaedah untuk mencapai kemaslahatan rakyat.

“Mengundi di dalam pilihan raya adalah termasuk sebahagian daripada bab muamalat yang terbina di atas kepentingan umum.”

PRU-15 akan diadakan pada 19 November 2022 ini bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Dewan Rakyat, serta 42 kerusi Dewan Negeri Pahang, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis, dan 59 kerusi Dewan Negeri Perak.

Malah, PRK UN N.66 Bugaya juga akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: