Tempatan

Bukan Semua Yang Diharamkan Agama, Perlu Diharamkan Negara- Mustafa Akyol

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PETALING JAYA, 28 Jun 2021 – Penulis kontroversi, Mustafa Akyol berkata, Muslim konservatif perlu mengambil inspirasi daripada ayat Al-Qur’an yang bermaksud: “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku” dan mengaplikasikannya terhadap golongan yang mempunyai gaya hidup berbeza.

Dakwanya, komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) bukannya cuba menghalang Muslim dalam mengamalkan agama atau menjalani kehidupan tradisional mereka.

Kenyataan ini dikeluarkan Felo Senior di Cato Institute Center for Global Liberty and Prosperity ini susulan keputusan kerajaan untuk mengenakan tindakan tegas secara bersepadu terhadap golongan yang menghina agama secara umum dan mempromosi gaya hidup LGBT khususnya di media sosial.

Dakwa Akyol lagi, kaum Lut sebenarnya dilaknat di dalam Al-Qur’an kerana bersikap ganas secara seksual.

“Sebagai contoh, di dalam Al-Qur’an, kaum Lut dilaknat kerana apa? Ya, mereka adalah golongan homoseksual, tetapi mereka juga adalah pengganas seksual. Apakah mereka tidak akan dilaknat sekiranya mereka merupakan pengganas seksual yang heteroseksual?”

Justeru, Akyol menegaskan, Muslim tidak berhak menindas kepercayaan dan tingkah laku yang mereka tidak persetujui, termasuklah kepercayaan golongan LGBT.

Mengakhiri kenyataan, Akyol percaya, walaupun pandangan tradisional Islam menyifatkan hubungan homoseksual sebagai “haram”, bukan semua yang diharamkan oleh agama perlu diharamkan oleh negara (kerajaan).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: