PRU-15

PRU-15: Lebih 21 Juta Bakal Mengundi, 19 November Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2022 – Lebih 21 juta pengundi berdaftar dijangka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Oktober 2022.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika sidang media Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), semalam.

Beliau juga memberitahu bahawa data DPPR bagi PRU-15 dijadualkan akan mula dijual pada 31 Oktober 2022.

“Semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my. Semakan boleh juga dibuat dengan menghubungi Hotline SPR di talian 03-88927018/03-88880040 atau melalui aplikasi MySPR Semak. Semakan boleh dibuat mulai 31 Oktober 2022 (Isnin).”

DPPR bagi PRU-15 ini mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih terdiri 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 tentera serta pasangan, 118,794 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara, ujar Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa SPR memperuntukkan RM1.01 bilion bagi menjalankan PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.66 Sabah dengan seramai 363,515 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU15 dan PRK DUN N.66, Sabah.

Semalam, tarikh ‘Malaysia Memilih’ telah ditetapkan oleh SPR selepas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Bin Salleh mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 ditetapkan pada hari Sabtu, 19 November 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: