PRU-15

PRU-15: Larangan Penggunaan Telefon Bimbit Di Tempat Mengundi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 November 2022 – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan kepada semua pengundi bahawa penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran) adalah tidak dibenarkan.

Menurut SPR menerusi kenyataan medianya, pengundi yang membawa telefon bimbit dikehendaki meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi.

Notis atau poster berhubung dengan larangan tersebut akan diletakkan di luar dan di dalam tempat mengundi.

Dalam pada itu, SPR turut mengingatkan orang ramai agar memelihara kerahsiaan maklumat pengundian dalam pilihan raya seperti mana yang termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: