Tempatan

Ismail Sabri Bangga Bahasa Melayu Digunakan Di Korea Selatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 02 Januari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa bangga apabila impiannya untuk mengangkat Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa kini menampakkan hasil.

“Semestinya saya berbangga apabila Bahasa Melayu berkembang dan digunakan oleh negara asing iaitu Korea Selatan.”

“Impian dan cita-cita saya untuk mengantarabangsakan Bahasa Melayu nampaknya sudah mula membuahkan hasil,” tulis beliau di Twitter rasminya pada Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau bersama-sama pejuang Bahasa Melayu akan terus berjuang mengangkat martabat bahasa berkenaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Korea Selatan atas usaha tersebut selain menganggap ia sebagai pengiktirafan kepada Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: