Tempatan

Ubah Suai Motor Pelumba Haram, Pemilik Bengkel Bakal Disabit

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 10 Ogos 2022 – Tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik bengkel yang terbabit dalam ubah suai motosikal bagi kegunaan lumba haram, ujar Ketua Setiausaha Pengangkutan YBhg. Datuk Isham bin Ishak.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, beliau memaklumkan tindakan tegas tersebut akan berkuatkuasa selepas Kementerian Pengangkutan meminda Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987 untuk kali ketiga bagi menangani isu lumba haram serta aktiviti mat rempit.

Selain itu, cadangan yang akan dikemukakan dalam pindaan itu ialah menaikkan kadar saman minima, hukuman penjara terhadap pelumpa haram yang menyebabkan kematian pada pengguna jalan raya lain serta tanggungjawab ibu bapa terhadap pelumba haram yang berusia 18 tahun ke bawah, ujar Datuk Isham Ishak.

Beliau menjelaskan pindaan itu susulan kejadian lima maut dalam kemalangan membabitkan motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu bulan lalu dan satu perbincangan dibuat antara Kementerian Pengangkutan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung kegiatan itu secara komprehensif.

Samudera.my sebelum ini melaporkan mengenai salah seorang dari tiga mangsa korban kemalangan motosikal di George Town, Pulau Pinang, adalah seorang penghantar barang yang sedang mencuba untuk membantu mangsa nahas.

Menurut ciapan seorang pengguna media sosial berkenaan, beliau mendakwa bahawa abangnya merupakan seorang penghantar barang, tetapi terlibat sama dalam kemalangan terbabit ketika dalam proses membantu mangsa kemalangan.

Kemalangan yang melibatkan beberapa buah motosikal dan dua buah kereta yang mengakibatkan empat maut itu berlaku di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu pada awal pagi Ahad dipercayai akibat daripada kegiatan lumba haram, menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

“Kita menerima maklumat pada jam 4.30 pagi mengenai kejadian tersebut. Siasatan mendapati kemalangan berlaku melibatkan beberapa buah motosikal disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: