PRU-15

PRU-15: Calon PM PH, Anwar Ibrahim Bertanding Di Tambun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 21 Oktober 2022 – Pakatan Harapan (PH) secara rasmi mengumumkan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, yang sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Port Dickson juga memaklumkan bahawa beliau akan  bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Perak.

Pengumuman tersebut dibuat olehnya sendiri di Majlis Konvensyen Harapan 2022 yang diadakan semalam.

Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemilihan Anwar sebagai calon Perdana Menteri diputuskan selepas mengambil kira beliau sebagai calon yang mampu memulihkan negara daripada krisis ekonomi ketika ini.

“Ekonomi negara merudum, inflasi, harga barang, derita rakyat. Ekonomi negara mesti diselamatkan melalui sebuah kerajaan yang bertanggungjawab di bawah kepimpinan seorang yang mampu membaiki ekonomi negara.”

Tambahnya, Anwar Ibrahim telah berdepan pelbagai cabaran selama 11 tahun dan masih mampu bertahan, sekali gus membuktikan kemampuannya untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Kerajaan.

Semalam, teka-teki berkenaan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) telah terjawab apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Bin Salleh mengumumkan tarikh PRU-15 telah ditetapkan pada hari Sabtu, 19 November 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: