PRU-15

PRU-15: APAD Buka Permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Kepada Pengendali Bas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 November 2022 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah membuka Permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 kepada pengendali bas yang berminat.

Menurut hantaran di Facebook rasminya, permohonan yang dibuka sehingga 11 November 2022 ini boleh dikemukakan di semua Pejabat Wilayah dan kaunter APAD di Semenanjung Malaysia.

“Tempoh sah laku LPS bagi semua permohonan yang diluluskan ialah dari 17 November 2022 hingga 21 November 2022.”

Selain itu, syarat permohonan adalah terbuka kepada semua penyedia bas tambahan kelas ekonomi sahaja dan tiada surcaj atau kenaikan tambang dibenarkan.

APAD juga menyeru agar para pengundi membuat perancangan dan tempahan awal perkhidmatan bas ekspress bagi memastikan kelancaran untuk pulang ke tempat mengundi masing-masing.

Ini kerana, jangkaan permintaan perkhidmatan bas ekspress akan meningkat semasa PRU-15 ini berdasarkan maklumat yang diterima, di mana jumlah bas sebanyak 3,683 buah melibatkan 1,321 laluan di seluruh Semenanjung Malaysia dengan membabitkan lebih 1,500 trip sehari.

Samudera.my sebelum ini melaporkan kenyataan Presiden Persatuan Bas Seluruh Malaysia ( PMBOA), Datuk Mohamad Asfar Ali yang memaklumkan bahawa tiada diskaun tiket bas akan ditawarkan sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Katanya, pihaknya mengekalkan tambang sedia ada dan tidak menyarankan pengusaha bas melakukan potongan harga tiket bas bagi mengelak penumpang mengambil kesempatan

“Kita tidak pasti sama ada penumpang yang balik menggunakan bas ke kawasan masing-masing yang menjelang PRU nanti sama ada bertujuan balik mengundi atau tidak.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: