PRU-15

PRU-15: 95% Pengundi Awal Keluar Mengundi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 November 2022 – Hari mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam, menyaksikan peratusan keluar mengundi sebanyak 94.72 peratus, menurut laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan jumlah pengundi awal yang keluar mengundi sebanyak 83 peratus, pengundi awal pada PRU-15 ini meningkat dengan jumlah seramai 212,961 pengundi yang keluar untuk menjalankan kewajipan mereka.

Pengundi awal adalah terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pasukan Gerakan Am (PGA).

Semenjak pasca PRU-14, golongan berkenaan dilihat sedikit sebanyak memberi satu anjakan paradigma kepada situasi politik negara.

Ini dapat dilihat apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa itu kehilangan banyak kerusi yang menempatkan kem-kem golongan pengundi awal ini seperti di Sepanggar dan Putatan (Sabah), Port Dickson (Negeri Sembilan) serta Tangga Batu (Melaka).

Tuntasnya, jika ditelusuri pada pilihan raya tersebut, undi daripada anggota keselamatan bukan lagi jaminan kepada keutuhan mana-mana parti Kerajaan yang memerintah.

Kini undi para pengundi awal ini menjadi persoalan sama ada bakal memihak kepada parti yang menyandang pentadbiran ketika ini ataupun sebaliknya.

Baru-baru ini timbul dakwaan bahawa ada anggota tentera khususnya dalam kawasan Parlimen Bera di Pahang sudah mengundi lebih awal dari tarikh yang ditetapkan selain didakwa telah dibayar sebanyak RM300 untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menyangkal dakwaan tersebut, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan bahawa dakwaan berkenaan isu anggota tentera dibayar untuk membuat undi awal adalah keterlaluan.

“Sepanjang saya berkhidmat bersama PDRM, tidak ada pula saya dibayar oleh mana-mana individu untuk undi awal atau pos.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: