Tempatan

Provokasi Ke Atas Islam: Termasuk Kali Ini, Sudah 3 Kali Kami Ke Balai Polis Sepanjang Ramadhan Ini – Shahrul Fadzly Pertubuhan Kebajikan Adat Budaya Malaysia

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KAJANG, 2 Mei 2021 – “Barangkali, setiap isu yang berlaku, hari demi hari, tambahan di bulan Ramadan ini sahaja, belum masuk minggu yang ketiga Ramadan lagi, kita dah tiga kali ke balai untuk membuat report isu-isu yang terjadi,” ujar Shahrul Fadzly bin Mohd Zainal, wakil dari Pertubuhan Kebajikan Adat Budaya Malaysia (ABM).

“Bermula daripada bodyguard, orang Islam kita yang dipukul dan dihina hanya kerana berpuasa, kemudian berubah pula kepada video iklan judi yang mempersendakan perayaan orang Islam, belum lagi selesai siasatan di sana, belum lagi kes itu menjadi sejuk, ditambahkan lagi dengan kemarahan apabila statement Julian Leow ini yang membuat perumpamaan untuk merebus umat Islam ini seperti katak dalam agenda mengkristianisasikan umat Islam.”

Mengulas mengenai video Julian Leow, Shahrul Fadzly berkata, ia adalah satu perbuatan yang melanggar Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) yang memperuntukkan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan selain merupakan satu perbuatan yang sangat melampaui batas.

Oleh itu, sebelum orang Melayu Islam mengemis di bumi sendiri dan tergadai maruahnya, beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan yang sangat tegas terhadap mereka yang terlibat.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa, kepada PDRM, SKMM untuk melakukan siasatan yang lebih telus, supaya, andai kata video ini adalah tulen, tindakan tegas perlu diambil kepada dalang yang terlibat supaya, jangan nanti di akan datang kita mengemis di bumi sendiri. Orang Islam kita, anak cucu kita tergadai maruahnya.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button