Antarabangsa

Protes Muslim Solat, Pelampau Hindu Beri Amaran

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BHOPAL, 29 Ogos 2022 – Pekerja Bajrang Dal di DB Mall memberi amaran untuk memainkan puisi memuja dewa Hanuman (Hanuman Chalisa) sekiranya pekerja Muslim tidak menghentikan tindakan mereka menunaikan solat di sebuah sudut dalam pusat beli belah berkenaan.

Pelampau Hindu itu menimbulkan kekecohan dengan menghampiri ke ruangan solat itu sambil merakam pekerja Muslim yang sedang menunaikan solat lalu mengadukan perkara itu kepada pihak pengurusan pusat beli belah tersebut.

Malah, mereka juga melakukan aktiviti keagamaan Hindu dengan memuja Hanuman Chalisa sambil duduk di tengah ruangan pusat beli belah itu sebagai tanda protes terhadap pekerja Muslim yang menunaikan solat.

Polis bertugas di Balai Polis MP Nagar, Keshant Sharma berkata, sepasukan polis telah dihantar ke tempat kejadian setelah menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.

Walau bagaimanapun, tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Beberapa hari sebelum kejadian, 10 hingga ke 12 individu yang menunaikan solat di pusat beli belah itu telah ditangkap oleh pihak Bajrang Dal.

Back to top button