Tempatan

Prosiding Rayuan Kalimah Allah: JAINJ Mungkin Jadi Pemerhati

Jangan lupa join Telegram, Instagram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

KULAI, 25 Mac 2021 – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berkemungkinan besar akan menjadi pemerhati dalam rayuan kerajaan Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Tindakan ini dilakukan sebagai menyokong usaha kerajaan Persekutuan yang memfailkan rayuan berhubung isu itu.

“Kemungkinan besar JAINJ akan menjadi pemerhati dalam prosiding yang akan diketuai Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad,” kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi.

“Isu ini telah dibawa dalam Jabatan Fatwa Negeri Johor dan kita sedang menunggu proses rayuan berhubung isu itu daripada kerajaan Persekutuan.”

Selain itu, katanya lagi, Majlis Agama Islam Negeri Johor bersedia membantu mana-mana pihak dalam mencari formula dan keputusan terbaik berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac lepas memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Islam iaitu Baitullah, Kaabah dan Solat, dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 15 Mac lepas.

Tidak lama kemudian, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitahkan majlis agama Islam negeri masing-masing mengambil tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha kerajaan Persekutuan yang memfailkan rayuan berhubung isu penggunaah kalimah Allah ini.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button