Tempatan

Proses Pengesahan Mangsa Nahas Pesawat Dijangka Selesai Isnin Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLANG, 19 Ogos 2023 – Proses pengecaman mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam dijangka selesai paling awal Isnin ini, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sepertimana yang dilaporkan oleh berita tempatan.

Menurut beliau, ia adalah berikutan banyak masa yang diperlukan bagi memadankan DNA mangsa-mangsa yang terlibat.

“(Keadaan tubuh) mayat ada yang tinggal badan, kepala dan mengikut forensik ada lebih 200 cebisan mayat.”

“Proses makan masa seperti.. yang dimaklumkan Jabatan Kimia paling awal hari Isnin.”

BACA JUGA: Nahas Pesawat: Jangan Kongsi Gambar, Video Visual Mangsa Insiden – MCMC

BACA JUGA: Singapura-Malaysia Perlu Teroka Kerjasama Tangani Isu Perubahan Iklim

BACA JUGA: Tiada Kompromi Kesalahan Tukar Label Beras

Susulan itu, beliau berkata ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan agar tidak menunggu di Jabatan Forensik hospital dan berehat di kawasan penginapan masing-masing.

“Kita bimbang nanti ada ahli keluarga yang sakit kerana ruangan menunggu tidak begitu selesa dan sebagainya,” jelasnya

Mengulas lanjut, kata beliau Jabatan Agama Islam Selangor turut akan membantu sepenuhnya dalam proses pengurusan jenazah mangsa.

Dalam masa yang sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut akan menyediakan khidmat juruiring sehingga jenazah tiba di lokasi masing-masing.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: