Tempatan

Proses Dan Edar Dadah, Tiga Lelaki Ke Tali Gantung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 05 Januari 2023 – Tiga lelaki menerima hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi akibat memproses dan mengedar dadah dengan berat keseluruhan sebanyak 585.1 gram dalam bangsal lembu empat tahun lalu.

Hukuman tersebut dijatuhkan terhadap C. Peter Yesudas, 55; V. Kasinathan, 43, dan K. Nagaraj, 57 oleh Hakim Datuk Abdul Halim Aman selepas pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah di penghujung kes pembelaan.

Pada masa sama, Mahkamah juga membatalkan pertuduhan sama terhadap M. Radakrishnan, 52, yang telah meninggal dunia pada Februari 2022 semasa dalam tahanan.

Hakim berkata, “Mereka didapati mempunyai milikan secara langsung dalam proses dadah iaitu dengan mempunyai pengetahuan terhadap dadah dalam bangsal itu.”

BACA JUGA: 687 Penjawat Awam Terbabit Jenayah Dadah, 5 Pegawai Tinggi

BACA JUGA: Ops Tapis Berjaya Tahan 13 Tokan Dadah Johor

BACA JUGA: Ejen Jualan Kosmetik Diculik Selepas Suami Berselisih Dengan Sindiket Dadah

Tambahnya, keterangan tertuduh di kandang saksi juga lebih bersifat penafian tanpa bukti yang konkrit.

Selain itu, asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh turut ditemui pada dadah yang dirampas di lokasi kejadian dan mereka dibayar gaji oleh Balaguhan (seorang lagi yang masih bebas), ujar Abdul Halim.

Terdahulu, ketiga-tiga tertuduh bersama S.Balaguhan, 50, telah mengedar dadah jenis heroin (432.5g) dan Monoacetylmorphines dengan berat bersih 152.6g di sebuah bangsal lembu di Jalan Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: