Tempatan

‘Propaganda’ Kementerian Komunikasi Digital Dikritik Pembangkang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Januari 2023 – Perkongsian SMS daripada Kementerian Komunikasi Digital mendapat kritikan daripada pihak pembangkang yang mendakwa ia sebagai satu “propaganda”.

Dalam SMS yang dihantar itu menyebut “Kerajaan Perpaduan adalah langkah penyelesaian berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang”.

BACA JUGA: Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan Tidak Berperlembagaan & Tidak Sah
BACA JUGA: Pemimpin Parti Yang Menandatangani MoU Boleh Disiasat Di Bawah Kes Jenayah – Haniff Khatri
BACA JUGA: Rampasan Group Media Sosial, Peringatan SKMM

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman yang mengkritik “propaganda” itu mengatakan bahawa ia adalah contoh salah guna kemudahan telekomunikasi Kerajaan untuk berpolitik secara halus.

“Propaganda begini bagaikan mekanisme Kerajaan komunis atau dictator yang mahu cuci otak rakyat supaya paksa terima naratif pemerintah,” katanya.

Beliau yang merujuk kepada SMS berkenaan turut mempersoalkan sama ada pihak Kerajaan tidak yakin dengan penerimaan orang awam mahupun rakyat terhadap mereka.

“Sepatutnya SMS rasmi daripada Kerajaan digunakan untuk menyampaikan perkara-perkara yang penting untuk orang awam atau hal kecemasan atau sebarang perkhidmatan untuk rakyat,” jelasnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: