Tempatan

Proklamasi Melayu Itu Sebagai Warning Card Komitmen Agenda Melayu Kerajaan Madani – Datuk Zaharin Mohd Yasin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2023 – “Proklamasi Melayu ini adalah satu kad peringatan, Warning Card yang kita hantar kepada Kerajaan yang sedia ada untuk melihat prestasi seratus harinya membantu orang Melayu,” kata Datuk Zaharin Mohd Yasin, Yang Dipertua Wilayah, Parti PERKASA baru-baru ini.

Ujarnya, kita lihat sekarang, beberapa tindakan yang dilakukan seperti Melayu itu tidak didahulukan.

“Kerajaan tak boleh berkata, rakyat itu dia perjuangkan. Kita semua rakyat. Yang kaya, yang miskin, semuanya rakyat. Orang Melayu ini juga adalah rakyat.”

BACA JUGA: Rancang Bakar Al-Quran Bulan Ramadan, UK Larang Kemasukan Paludan

BACA JUGA: Kekosongan Guru, 679 Guru Agama Diperlukan Di SAKJ

BACA JUGA: Terengganu Tak Wajibkan Pelitup Muka Di Masjid & Surau

Kata beliau lagi, beliau telah menerima aduan daripada kontraktor Melayu sendiri yang menyatakan mereka dilihat sebagai seorang pemberi rasuah.

“Saya juga untuk makluman tuan Presiden, dah terima dah aduan daripada rakyat, kontraktor Melayu. Kontraktor-kontraktor sekarang dah tak ada lagi dalam bentuk, passion untuk orang Melayu, khas untuk Melayu, tender yang diperuntukkan kepada Melayu, kena masuk sama dengan orang lain. Jadi itu, kontraktor-kontraktor Melayu sekarang pula diihat sebagai seorang pemberi rasuah.”

“Jadi, dia punya isu sekarang, bukan saja orang politik terdedah dengan rasuah, menerima rasuah, tapi orang Melayu juga, dikatakan telah memberi rasuah. Ini merosakkan imej Melayu, imej bangsa kita.”

Selain itu menurut Datuk Zahari, berapa persenkah hasil negara yang ada yang membantu orang Melayu?

“Kalau kita nakkan perjuangan, itulah 12 perkara dalam proklamasi, dibangkitkan secara am, tidak detail, tidak akademik, tetapi ianya mengandungi perkara-perkara yang perlu diketahui oleh orang Melayu, dan itu adalah masalah Melayu,” tegasnya.

Baru-baru ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Proklamasi Orang Melayu yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu mengenai situasi politik negara masa kini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: