Tempatan

CPTPP: Pelabur Asing Boleh Guna Alasan Diperdaya Kerajaan Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 24 Januari 2023 – “Kami risau kelewatan dalam mengumumkan pendirian Malaysia untuk mengkaji balik keputusan menyertai CPTPP akan menimbul masalah baru kepada negara. Ada kemungkinan syarikat asing yang melabur di Malaysia selepas 29 November 2022 akan menggunakan alasan mereka telah diperdaya oleh Kerajaan Malaysia jika Malaysia membuat keputusan untuk keluar dari CPTPP pada masa depan kerana masalah-masalah yang timbul kepada rakyat tempatan.”

Ini merupakan antara intipati dalam memorandum yang diserahkan oleh Gabungan Kedaulatan Negara (GKN) kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Khamis baru-baru ini.

BACA JUGA: Pengangkutan Percuma Untuk OKU & Pelajar Sekolah – Menteri

BACA JUGA: Tempelak Menteri Kritik Filem ‘Pulau’, Women Aid Organisation Disanggah

BACA JUGA: Terima Kasih PM Bagi Angpow Tahun Baru RM40 Juta – Wee Ka Siong

Tegas GKN dalam memorandum, NGO-NGO dan individu-individu yang menandatangani memorandum yang telah diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri pada 25hb November 2022 merasa kecewa mendengar pengumuman Menteri MITI pada 5hb Januari 2023 bahawa Malaysia telah mengambil keputusan muktamad untuk meneruskan penyertaan Malaysia dalam CPTPP.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Malaysia masih sempat untuk keluar dari Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

“Mengikut peruntukan CPTPP, Malaysia boleh keluar dari CPTPP dengan memberi notis 6 bulan lebih awal, tetapi risiko Kerajaan Malaysia dihadapkan ke Tribunal Antarabangsa di bawah ISDS (investor-to-state dispute) akan meningkat setiap minggu jika kita menangguhkan pengumuman bahawa kita akan mengundur diri dari perjanjian CPTPP buat masa ini untuk buat penilaian yang lebih mendalam.”

Tegas GKN lagi, kerisauan mereka berkaitan perjanjian CPTPP telah pun dijelaskan dalam memorandum yang dihantar kepada YAB pada 25 November 2022, surat kepada YAB pada 10 Disember, memorandum mereka bertarikh 29 Disember 2022 kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, jemputan mereka kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta artikel dalam Malaysiakini dan media-media lain pada 5 Disember 2022.

“Pada pandangan kami, PRU1-5 dan penubuhan Kerajaan baru melahirkan kesempatan keemasan untuk mempertimbangkan kebaikan dan keburukan penyertaan Malaysia ke dalam perjanjian CPTPP ini.”

Kata GKN lagi, pengumuman YAB Perdana Menteri pada 17 Januari bahawa hutang negara Malaysia kini berjumlah RM1.5 trilion juga menimbulkan kebimbangan serius.

Oleh itu, untuk mengelakkan krisis kewangan, Kerajaan mesti mempunyai kebebasan untuk melaksanakan langkah-langkah termasuk kawalan modal (capital controls), dan kebebasan ini dikekang oleh CPTPP, kata GKN.

Pada 19 Januari baru-baru ini, puluhan wakil kumpulan NGO yang diketuai oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkumpul di perkarangan Kompleks Seri Perdana Putrajaya bagi membantah ratifikasi CPTPP oleh Kerajaan Malaysia di samping menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: