Tempatan

Projek Pembangunan Sekolah Daif Telan Belanja RM6.5 Bilion – KPM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2023 – Sebanyak RM6.5 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah melibatkan 1,002 projek di seluruh negara sejak dari 2016 hingga 2023, dedah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut KPM, langkah itu adalah komitmen Kerajaan untuk menoktahkan isu sekolah daif yang diteruskan dalam Rolling Plan 2023.

BACA JUGA: Manfaatkan AI Dalam Pembangunan Sektor Agromakanan

BACA JUGA: Puting Beliung Rempuh 2 Perkampungan Di Melaka

BACA JUGA: Tragedi Kepala Air Baling: Petani Hilang Punca Rezeki

“Sejumlah RM923.97 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan 417 projek baharu dan sambungan di seluruh negara,” menurut KPM.

Selain itu, KPM turut memaklumkan akses dan fasiliti pendidikan di Sabah dan Sarawak turut ditambah baik menerusi pelaksanaan 327 projek pembangunan bangunan daif di sekolah atau 78 peratus daripada keseluruhan projek yang diluluskan di pelbagai peringkat pelaksanaan pada tahun ini.

“Seperti ditekankan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, usaha untuk menyelenggara dan menaik taraf bangunan daif di sekolah sentiasa menjadi keutamaan KPM demi mencapai hasrat akses pendidikan yang berkualiti untuk semua anak Malaysia, generasi yang mewarisi Malaysia MADANI,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: