Tempatan

Projek Pembangunan Punca Kekerapan Banjir, Kesesakan Jalan Raya – Greenpeace Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2022 – Greenpeace Malaysia menyatakan bahawa dalam audit rancangan bandar Kuala Lumpur yang terkini menunjukkan di mana projek pembangunan merupakan punca kepada kekerapan berlakunya banjir kilat serta kesesakan jalan raya.

Menurut Greenpeace Malaysia, perubahan iklim yang berlaku memberi kesan yang ketara kepada kerugian ekonomi Malaysia selain menjejaskan infrastuktur dan usaha pembangunan.

Bukan itu sahaja, ia juga memberi kesan kepada mata pencarian rakyat.

Berikutan itu, Greenpeace Malaysia menyatakan bahawa Kerajaan mesti mengutamakan peralihan kepada ekonomi rendah karbon bagi menangani isu berkenaan sekaligus menjadikan Malaysia ke arah negara berdaya tahan iklim.

“Ini bermakna bukan sahaja adaptasi terhadap perubahan iklim, tetapi mengurangkan atau pencegahan pelepasan gas rumah hijau dengan perlihan daripada penggunaan api fosil kepada sumber tenaga yang boleh diperbaharui.”

“Malaysia memerlukan pelan mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim – kedua-dua sama penting,” katanya dalam satu kenyataan kepada Astro Awani.

Tahun lalu, Berita Harian pernah melaporkan bahawa kejadian banjir besar yang berlaku di Lembah Klang adalah disebabkan oleh pembangunan tidak terancang, pengabaian aspek pemuliharaan alam sekitar serta kelemahan dari sistem penyelenggaraan saliran.

Pada 2017 juga, akhbar Harian Metro pernah melaporkan bahawa perubahan penggunaan tanah yang tidak selari dengan penambahbaikan sistem saliran menjadi antara punca utama terhadap bencana banjr besar yang berlaku di utara Semenanjung terutama di Pulau Pinang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: