Tempatan

Projek Pelabuhan Laut Dalam Melaka, Bertindih Zon Warisan Sejarah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 10 Februari 2023 – Projek pelabuhan laut dalam Far East Melaka dipercayai bertindih dengan zon warisan bawah air yang dilindungi, memetik kepada laporan sebuah portal berita tempatan.

Laporan itu berkata, pembinaan projek pelabuhan itu berpotensi untuk memberi kesan kepada tapak warisan berkenaan.

BACA JUGA: Kadar Bayaran PLKS Nelayan Asing Dikurangkan

BACA JUGA: Kedatangan Orang Lembah Indus Ke Alam Melayu Kerana Mencari Emas

BACA JUGA: Gempa Turkiye – Syria: Kedutaan Turki Pohon Barangan Keperluan Buat Mangsa

Namun, didapati syarikat pemaju, Far East hanya memasukkan beberapa petikan berhubung penemuan laporan penilaian kesan warisan (HIA) dalam laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA).

Ia sekali gus menghalang orang ramai untuk mengenalpasti potensi kehilangan warisan berkenaan.

Berdasarkan laporan daripada EIA bertarikh 26 Disember 2022, Zon Pewartaan Perairan Pulau Upeh telah diisytiharkan sebagai zon dilindungi yang berkuat kuasa pada 12 Mei 2022 di bawah subseksyen 64(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Subseksyen berkenaan menyatakan, “menteri (Persekutuan), atas nasihat pesuruhjaya (warisan negara), boleh mengisytiharkan dalam notis yang diterbitkan dalam warta mana-mana kawasan warisan kebudayaan bawah air yang diletak sebagai zon dilindungi.”

Manakala dalam subseksyen 64(2) dan 64(3) pula ada menyebut bahawa tiada mana-mana individu yang boleh menjalankan apa-apa aktiviti dalam zon dilindungi, kecuali dengan kelulusan bertulis daripada pesuruhjaya warisan negara.

Laporan EIA berkenaan turut melaporkan bahawa tiada bahan arkeologi yang “penting”, artifak atau bukti kapal karam dikesan.

Baru-baru ini juga, wakil NGO serta penduduk menyerahkan surat bantahan terhadap Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) projek ini berikutan pembinaannya dikhuatiri akan menjejaskan 230,000 penduduk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: