Antarabangsa

Projek NEOM Saudi Dikotori Rasuah dan Mencecah Bilion Dolar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 30 Julai 2022 – Sebuah agensi berita Amerika mendedahkan dalam penyiasatan meluas mengenai kegagalan projek NEOM Arab Saudi yang mengandungi sejumlah besar rasuah dan menelan perbelanjaan berbilion-bilon dolar tanpa rekod.

Agensi Bloomberg memperolehi maklumat itu hasil daripada temu bual dengan lebih 25 individu yang terdiri daripada pekerja dan bekas pekerja projek berkenaan.

Projek NEOM merupakan sebuah projek pembangunan bandar padang pasir yang dibina di wilayah Tabuk, barat laut Arab Saudi dan diumumkan oleh Putera Mahkota negara berkenaan, Putera Mohammed bin Salman (MBS) pada tahun 2017.

MBS memasang impian menjadikan NEOM sebuah karya agung yang bakal mengubah ekonomi Saudi dan menjadi tempat percubaan bagi merevolusikan teknologi dalam kehidupan seharian.

Walaupun sedemikian, setelah lima tahun pembinaan projek itu, hasil siasatan menyimpulkan bahawa ia mempunyai banyak rintangan, kebanyakannya disebabkan kesukaran melaksanakan idea-idea Putera Mahkota yang megah dan sentiasa berubah-ubah.

Selain itu, mereka mengatakan, bukan mudah untuk membersihkan tapak bandar NEOM daripada penduduk asal yang telah menetap selama beberapa generasi sekali gus menempatkan semula mereka di tempat lain. Perkara tersebut kadangkala turut mencetuskan pertempuran senjata.

Puluhan pekerja juga mengambil keputusan untuk berhenti akibat persekitaran kerja yang toksik dan budaya perbelanjaan yang tidak terkawal. Kebanyakan mereka dihalang bercakap tentang projek tersebut dan perlu menandatangani kontrak.

Sebelum ini, seorang bekas pekerja telah dipenjarakan di Arab Saudi kerana mengkritik projek tersebut namun telah dibebaskan.

Turut ditegaskan, perjalanan projek NEOM membuktikan bahawa impian Mohammed bin Salman hanyalah fantasi dan mungkin tidak akan menjadi kenyataan, begitu juga dengan rancangannya untuk transformasi ekonomi.

Andy Wirth, pengurus hospitaliti Amerika yang bekerja di NEOM pada tahun 2020 berkata, “Apa yang telah ditunjukkan di sana tiada kaitan langsung dengan realiti.”

Siasatan turut membongkarkan kegagalan sebuah projek yang dinamakan ‘Projek Pantai Perak’ yang telah menelan belanja yang besar dan kemudiannya dibatalkan, ditutup dan dilupakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: