Projek LCS RM9 Bilion, PM Digesa Jawab “U-Turn”
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PETALING JAYA, 08 Januari 2023 – Aktivis Kua Kia Soong menggesa Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keputusannya untuk meneruskan projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion yang dilanda skandal.
Tegasnya dalam satu kenyataan, semasa Anwar menjadi ketua pembangkang, beliau telah mendesak agar fasa pembinaan LCS yang seterusnya dimansuhkan dan berkata bahawa dana projek itu harus digunakan untuk membantu rakyat.
“Anwar berkata, jelas terdapat penyelewengan dan ketirisan serta ‘rasuah besar-besaran,” ujar aktivis itu.
Bukan itu sahaja, Anwar juga telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat semua pihak terlibat, termasuk Menteri Pertahanan dan Ketua Setiausaha kementerian tersebut.
BACA JUGA: Tanpa LCS Misi Pertahanan Perairan Negara Sukar – Pegawai TLDM
BACA JUGA: Kapal LCS: Laporan Siasatan Akan Didedahkan Kepada Umum
BACA JUGA: Angkara Kad TnG, Wang Pegawai Lesap Lebih RM23,000
Dalam pada itu, Kua yang merupakan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya turut berkata, “Dengan meneruskan projek LCS ini dan dikendalikan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Anwar pada dasarnya telah kembali kepada pendiriannya sebelum PRU-15 semasa beliau menjadi Ketua Pembangkang.”
Justeru itu, Perdana Menteri harus memberi penjelasan penuh kepada rakyat Malaysia mengenai perkara tersebut dan memberi jaminan bahawa kita akan sampai ke dasar skandal ini yang membabitkan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi, tegas Kua.
Tambahnya, Ahli Parlimen juga harus mendesak ketelusan lebih tinggi dalam perolehan senjata Kementerian Pertahanan dan membahaskan secara serius belanjawan pertahanan sekali gus memantau proses perolehan bagi mengelakkan skandal itu berulang.
“Rakyat Malaysia tidak mahu mendengar lagi tentang syaitan-syaitan yang terlibat dalam rasuah perolehan senjata.”
Bulan lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan bahawa Kerajaan akan tetap meneruskan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang sebelum ini menjadi kontroversi.