Tempatan

Projek Lapangan Terbang Tioman: Laporan EIA Akan Diteliti – Nik Nazmi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU TIOMAN, 16 Julai 2023 – “Kami akan meneliti laporan EIA sebelum saya boleh ulas dengan lebih lanjut,” kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad sewaktu ditanya mengenai cadangan projek Lapangan Terbang Baru Antarabangsa Tioman (NTIA).

“Keutamaan adalah melindungi alam sekitar di Tioman. Ia kawasan marin yang sangat penting, jadi kita akan meneliti EIA secara terperinci dan cermat,” katanya lagi.

BACA JUGA: Orang Melayu Islam Semakin Tertindas Di Raub, Minta Kerajaan Kaji Balik – Dato’ Fakrunizam

BACA JUGA: Kempen ‘Cina Sahaja’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lapor Portal

BACA JUGA: Jenayah Tetap Jenayah, Mahkamah Tinggi Telah Ambil Keputusan, Tolong Hormat – Dato’ Fakrunizam

Baru-baru ini, laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) mendedahkan cadangan Lapangan Terbang Baru Antarabangsa Tioman (NTIA) akan menyebabkan kerosakan alam sekitar dan kehilangan habitat terhadap ratusan spesies hidupan marin di pulau itu yang sepatutnya menjadi taman laut yang dilindungi.

Bagi Julian Hyde, Pengurus Besar kumpulan pemuliharaan karang, Reef Check Malaysia, projek itu pula hanya menguntungkan pemaju dan syarikat besar.

Tambahnya lagi, projek itu bukan sahaja boleh memusnahkan fizikal ekosistem marin terutamanya terumbu karang namun boleh juga menjadi ancaman buat mata pencarian penduduk, dan industri pelancongan Tioman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: