Tempatan

Projek Kontroversi Pulau Buatan Pulau Pinang Mula Julai Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 26 Jun 2023 – Kerja-kerja projek tambakan laut Selatan Pulau Pinang (PSI) di Pulau Mutiara akan bermula 1 Julai ini, kata Gamuda Bhd, pemilik majoriti SRS Consortium Sdn Bhd yang menjalankan kerja-kerja penambakan PSI.

Projek kontroversi itu menelan belanja kira-kira RM3.7 bilion bagi fasa 1 untuk penciptaan pulau seluas 2,300 ekar dan dijadualkan siap pada 30 Jun 2030.

BACA JUGA: Ingkar ‘Bond’ Parti, Mahkamah Arah Mantan Naib Presiden PKR Bayar RM10 Juta

BACA JUGA: Projek ECRL: 41 Orang Asli Sedia Pindah

BACA JUGA: Demam Denggi Dijangka Meningkat Menjelang PRN, Raya Haji

Sebelum ini, projek berkenaan menerima bantahan pelbagai pihak termasuk NGO dan nelayan kerana didakwa bakal menjejaskan kehidupan dan mata pencarian para nelayan.

Susulan itu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan projek itu boleh diteruskan dengan syarat saiznya dikecilkan kepada projek satu pulau sahaja daripada tiga pulau.

Menurut Anwar, projek tersebut diperlukan untuk membantu ekonomi berkembang dan membiayai projek LRT Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, keputusan Kerajaan mengecilkan projek kontroversi melibatkan tambakan laut di Pulau Pinang daripada 1,821 hektar kepada 930.8 hektar itu masih tidak boleh diterima beberapa NGO.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyifatkan perancangan baharu itu masih berskala besar dan tetap menjejaskan ekosistem marin.

Sehubungan itu, Presidennya, Meenakshi Raman menggesa Kerajaan Negeri membatalkan terus projek terbabit, selain menegaskan pihaknya menolak keputusan mengecilkan Pulau A yang dinamakan Pulau Silikon daripada 1,821 hektar kepada 930.8 hektar.

Katanya, meskipun skala pembinaan pulau buatan itu dikecilkan, ia akan tetap menjejaskan nelayan di sepanjang perairan Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: