Tempatan

Projek Hidroelektrik TNB Bakal Tenggelamkan Tapak Arkeologi Prasejarah Kelantan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GUA MUSANG, 14 Jun 2023 – Sebahagian Lembah Nenggiri, Kelantan, yang kaya dengan khazanah warisan purba serta tapak arkeologi dijangka tenggelam sepenuhnya pada pertengahan 2027, dedah sebuah portal tempatan.

Perkara ini dijangka berlaku selepas siapnya Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri.

BACA JUGA: MOTAC Pertimbang Bak Kut Teh Makanan Warisan

BACA JUGA: Setelah Diterjah MB, KKM Luluskan Peruntukan Khas Untuk Johor

BACA JUGA: Sumbangan Tunai Rahmah Akan Disalurkan Sebelum Raya Haji

Tambah portal, Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2027 itu akan menenggelamkan gua yang mempunyai warisan arkeologi seperti Gua Cha, Gua Chawan, Gua Kecil (Batu Tambah), Gua Lubang Kelawar (Batu Tambah), Gua Keledung, Gua Rahmat, Gua Gemalah dan Gua Kelew.

“Meninjau kerja kerja awal pembinaan Empangan Hidro Nenggiri, entah berapa ribu hektar bumi Kelantan bakal tenggelam termasuklah Gua Cha di Pos Tohoi Gua Chawan di Lembah Nenggiri/Kuala Jenero, Pos Pulat, Gua Batu Kapor di Keldong dll,” demikian kenyataan dari Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed di Facebooknya.

“Lagi gambar gambar kenangan Lembah Nenggiri sebelum ianya hilang dari peta dunia menjadi tasik buatan manusia,” kata beliau lagi.

Terdahulu, penyelidik menemui rangka manusia prasejarah yang lengkap bersama artifak lain di Gua Keledung Kecil, Gua Musang.

Rangka manusia yang ditemui dalam kedudukan melipat sepenuhnya dan menghadap ke arah barat daya, dipercayai mendiami lembah tersebut sejak 14,000 tahun lalu iaitu lebih tua daripada Perak Man yang sebelum ini dianggarkan wujud sejak 10,000 hingga 11,000 tahun dahulu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: