Tempatan

‘Konsert LGBT’: The 1975 Diberi Notis Tuntutan Bayar RM12.3 Juta Dalam 7 Hari – Peguam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Ogos 2023 – Kumpulan pop rock Inggeris, The 1975 diberi notis tuntutan untuk membayar sejumlah RM12.3 juta dalam masa tujuh hari kepada pihak penganjur acara Good Vibes Festival 2023 (GVF), Future Sound Asia (FSA) sebagai ganti rugi berhubung kontroversi yang berlaku melibatkan kumpulan berkenaan sebelum ini.

Menurut penasihat undang-undang pihak penganjur, David Mathew dari Steven Thiru & Sudhar Partnership, Surat Tuntutan bertarikh 07 Ogos 2023 telah pun dihantar kepada kumpulan berkenaan yang ditulis mengikut peruntukan English Practice Direction Pre-Action Conduct and Protocol yang merupakan sebahagian daripada Peraturan Tatacara Sivil Inggeris.

BACA JUGA: Tiada Cuti Khas Di Pulau Pinang 12 Ogos Ini

BACA JUGA: Tragedi Tanah Runtuh: Nak Tunggu Ada Kematian Baru Ambil Tindakan?

BACA JUGA: PM Umum Subsidi Padi Naik

Tindakan undang-undang itu dibuat selepas acara berkenaan yang berbaki dua hari dibatalkan pada bulan lalu susulan tindakan kontroversi daripada vokalis utama kumpulan berkenaan, Matt Healy yang mengkritik undang-undang anti-LGBT Malaysia dan diikuti aksi tidak senonoh dengan pemain bass, Ross MacDonald sewaktu persembahan berlangsung.

“Wakil Healy secara mutlak memberikan jaminan bertulis sebelum persembahan, bahawa dia dan persembahan langsung The 1975 ‘akan mematuhi semua garis panduan dan peraturan tempatan’ semasa set mereka di Malaysia.”

Jelas David lagi, kegagalan kumpulan itu untuk mengakui liabilitinya dan melunaskan pampasan kepada penganjur GVF 2023 akan menyebabkan FSA meneruskan prosiding undang-undang di Mahkamah England.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: