Tempatan

Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Diperluas Ke 600 DUN Sehingga 31 Disember

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 20 Ogos 2022 – Selepas menerima sambutan pengguna dan peniaga terhadap Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang amat menggalakkan di seluruh negara, PJKM kini telah dijenamakan semula menjadi Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) dan diperluaskan ke semua 600 DUN (Dewan Undangan Negeri) seluruh negara.

Program yang diterajui oleh lima Kementerian itu turut memperluaskan JMKM ke 13 Parlimen di Wilayah Persekutuan dan dilanjutkan dari 15 Ogos hingga 31 Disember 2022.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), JMKM dilaksana dengan peruntukan sebanyak RM80 juta dengan agihan sama rata diberikan kepada setiap kawasan DUN iaitu RM25,000 sebulan untuk setiap pelaksanaan JMKM.

JMKM adalah program yang memberikan harga diskaun kepada barangan keperluan terpilih seperti ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula, minyak masak, tepung gandum, beras, dan sayur-sayuran juga buah-buahan.

Walau bagaimanapun, program JMKM yang dilaksanakan dua kali sebulan ini juga menggalakkan premis-premis memberikan diskaun sehingga 20 peratus harga pasaran setempat untuk lain-lain barangan.

Bagi negeri Sarawak, Terengganu dan Johor pula, KPDNHEP akan melaksanakan JMKM mulai 19 Ogos 2022 melibatkan 170 DUN.

“Orang ramai boleh mendapatkan informasi terkini pelaksanaan JMKM di lokasi terpilih melalui laman Facebook rasmi Jualan Murah Keluarga Malaysia atau FB KPDNHEP Laman Rasmi Dan KPDNHEP negeri-negeri terbabit.”

KPDNHEP juga memaklumkan bahawa orang ramai boleh menyalurkan sebarang pertanyaan dan aduan secara terus ke KPDNHEP melalui talian WhatsApp di 019-279 4317 atau 019-848 8000, aplikasi ez-Adu atau email ke [email protected].

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: