Tempatan

Inisiatif Untuk Veteran ATM Kementerian Pertahanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2022 – Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia telah mewujudkan inisiatif khusus bagi membantu golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Inisiatif oleh Kementerian Pertahanan dan ATM tersebut mencakupi empat sektor iaitu kerjaya, pendidikan, kesihatan dan perumahan.

Antara inisiatif Kementerian Pertahanan Malaysia dan ATM di sektor kerjaya adalah membantu meluaskan peluang untuk veteran ATM memasarkan produk perniagaan mereka melalui MyVeteran Mall sebagai kerjaya kedua para veteran.

Dalam konteks pendidikan pula, Kerajaan telah memansuhkan syarat umur bantuan persekolahan bagi membolehkan lebih ramai anak veteran menerima manfaat.

Selain itu, MINDEF juga sedang berkerjasama rapat dengan UNIRAZAK dalam menambahbaik bantuan kemasukan IPT bagi membuka peluang kepada anak veteran ATM lepasan SPM yang terpilih melanjutkan pengajian sastera peringkat asasi secara percuma.

Inisiatif Kementerian Pertahanan Malaysia dan ATM di sektor kesihatan pula adalah membina 30 pusat dialisis, 5 poliklinik untuk lebih 60,000 veteran ATM menikmati kemudahan tersebut serta Skim Bayaran Perubatan kepada veteran ATM diteruskan dan ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Veteran ATM juga akan menerima manfaat melalui Program Inisiatif PerumahanPerumahan Veteran ATM yang telah dimasukkan sebagai salah satu program utama di bawah Pelan Strategik Kementerian Pertahanan, yang mana bertujuan untuk meningkatkan usaha membaik pulih dan membina rumah baharu untuk veteran ATM.

Seterusnya, 900 unit dikhususkan untuk veteran ATM di rumah mampu milik di Residensi Steria, Sg Besi manakala 14 unit kedai di kompleks perumahan tersebut turut diberikan untuk manfaat usahawan veteran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: