Antarabangsa

Insiden Bakar Quran Sweden: Iran Mahu EU Banteras Islamofobia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IRAN, 06 Julai 2023 – Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian telah mengeluarkan kenyataan menyeru Eropah agar mendepani dan membanteras islamofobia dengan berkesan berikutan kejadian penghinaan al-Quran yang dilakukan di Sweden baru-baru ini.

Kenyataan Diplomat Tinggi Iran itu dibuat pada Selasa lalu sewaktu bercakap menerusi telefon dengan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell.

BACA JUGA: 51 Darjah Celsius Di Texas, Dunia Catat Rekod Hari Paling Panas

BACA JUGA: 12 Ogos, Tarikh Mengundi 6 Negeri

BACA JUGA: Pekebun Durian Haram: Mahkamah Tinggi Kuantan Tolak Permohonan Royal Pahang Durian

Perbualan telefon tersebut berlaku kurang dua minggu setelah kejadian di mana dua orang lelaki berdiri di hadapan masjid utama Stockholm dan membakar sebuah naskhah al-Quran setelah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Sweden.

Tindakan berulang yang mana pada kali ini diberikan kebenaran oleh pihak mahkamah itu berlaku pada hari di mana orang Islam di sana menyambut perayaan Aidiladha.

Iran telah beberapa kali mengisytiharkan kutukan mereka terhadap tindakan menghina sedemikian. Menerusi panggilan telefon itu, Amir Abdollahian telah mengulang sekali lagi kutukan Iran terhadap tindakan yang dilakukan di Sweden itu.

Amir Abdollahian juga dalam kesempatan yang sama telah menekankan betapa kejadian tersebut telah menggores perasaan orang-orang Islam di seluruh dunia.

Borrell pula menyatakan bahawa perbuatan menghina al-Quran itu bukanlah pendirian Kesatuan Eropah dan segala bentuk penghinaan ataupun mana-mana tindakan yang mensasarkan keagamaan adalah terkutuk di sisi kesatuan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: