Antarabangsa

Sempena Ramadan UAE Beri Pengampunan Kepada 1,000 Tahanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ABU DHABI, 22 Mac 2023 – Presiden Emiriah, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan telah memerintahkan pembebasan tahanan menjelang bulan suci Ramadan yang akan bermula pada hari Khamis di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut agensi berita rasmi negara tersebut, WAM, pada hari Selasa lalu Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memberi pengampunan kepada lebih 1,000 banduan menjelang Ramadan.

BACA JUGA: Pesta ‘Gay Boy’ Ramadan al Mubarak, Kerajaan Madani Mesti Bertindak! – NGO

BACA JUGA: Jasad Muslimah, Tidak Dikebumi Lebih Sebulan Negara Madani

BACA JUGA: Anjur ‘Thai Hot Guy’ Di Bulan Ramadan, MP Seru Suarakan Bantahan’

Presiden Mohamed yang memberi pengampunan tersebut telah mencerminkan nilai kemaafan dan toleransi yang dapat memberi peluang kepada banduan yang diampuni untuk memulakan hidup baharu dan meringankan penderitaan keluarga mereka, kata WAM dalam satu kenyataan.

Langkah itu dibuat sebagai sebahagian daripada inisiatif kemanusiaan oleh UAE yang mengampuni banduan setiap tahun menjelang Ramadan, serta menjelang perayaan-perayaan yang lain.

Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum pada Julai tahun lalu telah memerintahkan Jabatan Hukum dan Pembetulan Emirate membebaskan 505 banduan menjelang Aidiladha pada 2022.

Anak bulan Ramadan tidak kelihatan di Arab Saudi pada petang Selasa, bermakna bulan suci itu akan bermula secara rasmi pada Khamis.

Ramadan disambut oleh lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia dan dianggap sebagai bulan puasa dan kerohanian. Bulan Ramadan adalah bulan di mana al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: