Antarabangsa

Pribumi Kanada Sering Menjadi Mangsa Keganasan, Pembunuhan Dan Lain-lain Jenayah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANADA, 10 September 2022 – Satu komuniti penduduk pribumi di Barat-Tengah Kanada dikejutkan dengan penemuan beberapa kubur besar yang menempatkan mayat 215 kanak-kanak pribumi Kanada di Kamloops Indian Residential School di British Columbia yang pada masa sama membongkar skandal penderaan terbaharu yang telah berlaku beberapa tahun kebelakangan ini terhadap mangsa kanak-kanak tersebut.

Pengkritik mendedahkan bahawa pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh yang terkenal di Kanada itu terlibat skandal perderaan yang berleluasa sebagai natijah dan keadaan yang terbentuk daripada sejarah kolonialisme Kanada.

Baru-baru ini pula, komuniti tersebut sekali lagi menjadi perhatian umum apabila terpalit dengan kejadian amukan tikaman sepanjang hujung minggu lalu.

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 15 yang lain dihantar ke hospital selepas ditikam di beberapa lokasi berlainan pada Ahad di James Smith Cree Nation dan di kampung Weldon, arah Timur Laut Saskatoon, menurut keterangan polis lagi suspek kes tikam tersebut dikenal pasti sebagai adik-beradik.

Walau bagaimanapun, kedua-dua suspek itu didapati telah meninggal dunia di mana seorang ditemui mati pada Isnin lalu manakala seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaan yang dilakukan sendiri selepas ditangkap pada hari Rabu, lapor media Kanada.

Komuniti pribumi yang menyara hidup dengan bercucuk tanam itu kerap berdepan dengan keganasan, pembunuhan dan lain-lain jenayah sehingga membawa maut dan kini dilaporkan berdepan dengan pelbagai kesukaran termasuk masalah ketagihan dadah dan diskriminasi kaum, menurut beberapa penyelidik.

Penduduk pribumi Kanada seperti kebanyakan komuniti pribumi di Utara Amerika menghadapi masalah yang sama menghantui mereka seperti penempatan pribumi dengan kepadatan penduduk dan kadar pengangguran yang tinggi sehingga dua pertiga daripada perumahan penduduk memerlukan pembaikan besar manakala sepertiga lagi terlalu sesak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: