NGO

PRESMA Nafi Wujudnya ‘Kartel Mamak’, Bakal Ambil Tindakan Undang-undang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Jun 2022 – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) telah menafikan dakwaan dalam sebuah artikel penerbitan bahawa wujudnya kegiatan kartel dalam kalangan peniaga restoran mamak di negara ini.

Dalam sidang media pada Selasa baru-baru ini, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, Presiden PRESMA telah menafikan wujudnya sebarang kartel yang menghulurkan modal kepada peniaga lain untuk membuka kedai makan.

“Saya sebagai Presiden PRESMA menafikan sekeras-kerasnya dakwaan di dalam artikel tersebut yang menyatakan pemilik restoran mamak mengamalkan corak perniagaan berbentuk kartel dengan cara memberikan modal untuk peniaga lain membuka kedai makan.”

Beliau juga menegaskan bahawa pengusaha-pengusaha restoran mengembangkan perniagaan mereka dengan usaha daya sendiri.

“Hakikatnya pemilik restoran, sama ada baru berniaga atau menambah rangkaian perniagaan dengan inisiatif dan kesungguhan sendiri, bukannya ditentukan kartel seperti digambarkan,” tegasnya.

Datuk Jawahar Ali kemudiannya menyatakan bahawa pihak PRESMA akan mengambil tindakan terhadap akhbar yang mengeluarkan kenyataan terbabit.

“PRESMA akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar terbabit dan berpuluh-puluh laporan polis sudah dibuat di seluruh negara meminta siasatan segera diambil ke atas penerbitan berkenaan kerana memberikan maklumat yang salah serta menjejaskan imej pihak lain khususnya industri restoran mamak,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: