Tempatan

Laporkan Kes Buli, Gangguan Seksual Pada Tempoh Ditetapkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 20 Ogos 2023 – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah dan institusi pendidikan untuk mematuhi tahap kesegeraan penyampaian maklumat, laporan serta tindakan berkaitan buli dan gangguan seksual.

Menurut KPM, tempoh hari yang ditetapkan bagi pelaporan kes itu ialah pada kadar 1:3:7 hari.

KPM turut memaklumkan pihaknya menyediakan tiga saluran yang boleh digunakan orang ramai termasuk pihak sekolah dan juga ibu bapa untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes yang berlaku.

BACA JUGA: Proses Pengesahan Mangsa Nahas Pesawat Dijangka Selesai Isnin Ini

BACA JUGA: Rejim Haram Israel Musnahkan Sekolah Palestin Di Ramallah

BACA JUGA: Didakwa Melombong Silika Secara Haram, Pengurus Projek Dihadapkan Ke Mahkamah

“Saluran tersebut ialah talian khas Aduan Buli, di emel [email protected] dan aduan buli di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

“Maklumat aduan buli dan gangguan seksual boleh diakses melalui Portal Aduan Buli KPM di https://www.moe.gov.my/aduanbuli,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, langkah itu antara tindakan proaktif dalam menangani kes berkenaan di semua institusi pendidikan di bawah KPM bagi menjamin ekosistem selamat untuk guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan.

“Berdasarkan rekod penyelesaian aduan buli dan gangguan seksual di institusi pendidikan bawah KPM menunjukkan lebih 90 peratus kes berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 15 hari.”

Dalam pada itu, KPM berkata satu garis panduan menangani buli dan gangguan seksual serta Peraturan Disiplin Murid baharu sedang dimuktamadkan dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi menggantikan Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1959).

“Pada masa sama, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memastikan penguatkuasaan peraturan sedia ada seperti yang terdapat dalam surat siaran kementerian, surat pekeliling ikhtisas dan garis panduan berkaitan,” jelasnya.

Katanya, antara mekanisme sedang dilaksanakan KPM ialah kempen kesedaran mengenai kesan buli dan gangguan seksual terhadap mangsa di media konvensional dan media sosial.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: