Tempatan

KDN Rampas Bahan Al-Quran, Peranti Elektronik Bernilai Hampir RM62,000

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 17 Julai 2023 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas bahan al-Quran dan peranti elektronik tanpa kelulusan bernilai hampir RM62,000 dalam satu serbuan semalam.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata serbuan dilakukan di sebuah premis di Kampung Seberang Takir sekitar jam 09.30 pagi dan seorang lelaki berusia 30-an ditahan untuk membantu siasatan.

Maklum beliau, antara bahan rampasan adalah 53 unit kad memori mengandungi 12,000 filem dan ayat al-Quran, 25 unit radio, 25 unit pemain video, 12 unit pemacu pena (pendrive) dan komputer riba.

BACA JUGA: Konflik China-AS: Indonesia Tidak Mahu Rakan ASEAN Berpihak

BACA JUGA: Penjualan Padi: Kartel ‘Bunuh’ Kilang Kecil Bumiputera

BACA JUGA: Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ Masih Aktif Babitkan Kalangan Remaja

Jelasnya, “Siasatan awal mendapati aktiviti penjualan telah melanggar peraturan. Bentuk rampasan terdiri daripada filem yang tiada perakuan B di bawah Akta Penapisan Filem (APF) 2022 serta bahan al-Quran elektronik tanpa kelulusan Akta Percetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 18(4) APF 2022 dan Seksyen 7(1) APTQ 1986 yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Tambah Nik Yusaimi, pihaknya percaya aktiviti penjualan bahan al-Quran tanpa kelulusan KDN ini telah berjalan sejak dua tahun lalu dan siasatan mendapati modus operandi peniaga kini mula bertukar kepada penjualan e-dagang, media sosial dan atas talian.

Walaupun KDN sukar untuk mengesan aktiviti tersebut, Kementerian itu sentiasa memantau aktiviti penyalahgunaan bahan al-Quran yang dijual tanpa kelulusan dan perakuan KDN.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak membeli, memiliki, menerbit atau menjual bahan al-Quran tanpa kelulusan KDN serta filem yang tiada perakuan B.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: