Antarabangsa

Presiden Ukraine Bebaskan Perogol Kanak-Kanak Untuk Perangi Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 21 April 2022 – Seorang pengguna laman Twitter mendedahkan bahawa Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, telah membebaskan sekumpulan bekas tentera dari penjara untuk membantu Ukraine memerangi Rusia.

“Beberapa minggu lalu, Zelenskyy bebaskan banduan dengan pengalaman bertempur dari penjara.”

Apa yang mereka tidak dedahkan adalah sebahagian banduan ini adalah anggota ‘Tornado Batallion’ yang terkenal kerana dipenjarakan atas kesalahan merogol budak bawah umur depan ibu bapa mereka,” ujar Juan Sinmiedo dalam sebuah ciapan.

Tambahnya lagi, Ruslan Kravchuk, seorang pendakwaraya ketenteraan, pernah menyatakan bahawa kumpulan tentera Tornado ini pernah didakwa atas pelbagai pertuduhan, seperti:

Menubuhkan kumpulan jenayah, liwat secara paksa & ganas, salah guna kuasa untuk tujuan keganasan, salah guna kenderaan rasmi untuk tujuan keganasan dan menculik.

Sebuah video yang dimuat naik menampilkan Daniil Dashuk, salah seorang ‘pengganas’ Ukraine berjalan bebas sambil memegang selaras senapang jenis AK-47.

Pengguna Twitter tersebut juga berkongsi beberapa video testimoni daripada mangsa dan ahli keluarga mangsa yang pernah menyaksikan kekejaman kumpulan tentera Ukraine ini.

Antara petikan testimoni tersebut menyaksikan salah seorang tentera mengaku bahawa dia pernah terlibat dengan aktiviti rogol seperti yang didakwa.

“Onishchenko telah mengarahkan supaya saya memasukkan zakar ke dalam mulut dan dubur Yurchenko,” ujar seorang saksi tentang peristiwa dia dipaksa kumpulan tentera Ukraine tersebut untuk meliwat seorang lelaki.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: