Antarabangsa

Presiden UAE Meninggal Dunia Di Usia 73 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ABU DHABI, 15 Mei 2022 – Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan, meninggal dunia ketika umur 73 tahun pada Jumaat, lapor media tempatan WAM.

“Kementerian Hal Ehwal Presiden mengucapkan takziah kepada rakyat UAE dan dunia Islam di atas pemergian Sheikh Khalifa pada 13 Mei.”

Justeru, kementerian mengumumkan tempoh 40 hari berkabung dengan bendera diturunkan separuh tiang yang bermula Jumaat manakala kerja di sektor awam dan swasta telah ditangguhkan selama tiga hari.

Di bawah perlembagaan, Naib Presiden dan Perdana Menteri Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, pemerintah Dubai akan bertindak sebagai Presiden sehingga Majlis Persekutuan yang mengelompokkan pemerintah tujuh emiriah bertemu dalam masa 30 hari untuk memilih presiden baharu.

Sheikh Khalifa dilantik sebagai presiden kedua UAE pada November 2004, bagi menggantikan bapanya, Sheikh Zayed al-Nahyan yang juga pengasas negara itu.

Allahyarham jarang dilihat di khalayak ramai sejak diserang angin ahmar pada 2014, dengan adiknya, Putera Mahkota Abu Dhabi Mohammed bin Zayed dilihat sebagai pemerintah de facto dan pembuat keputusan keputusan dasar luar negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: