Antarabangsa

Presiden Mahmoud Abbas Dituduh Berusaha Musnahkan Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERLIN, 20 Ogos 2022 – Menteri Kewangan Israel, Avigdor Lieberman menuduh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berusaha untuk memusnahkan Israel berikutan kenyataan yang dikeluarkannya di Berlin baru-baru ini.

Lieberman berpendapat bahawa Abbas lebih merbahaya daripada Gerakan Perjuangan Islam Palestin, HAMAS kerana beliau mewakili ancaman politik bukan ancaman ketenteraan.

Katanya, “Lelaki ini, Abbas, merupakan ancaman politik yang bahaya kepada negara Israel.” Menteri itu turut mendakwa bahawa Mahmoud Abbas menyokong keganasan di Tebing Barat.

Menurutnya, Abbas merupakan generasi Palestin yang masih komited untuk menghapuskan negara Israel dan mengembalikan semula semua pelarian Palestin walaupun dikatakan sebaliknya.

Lieberman turut menuduh Presiden Palestin itu mengetuai sebuah kempen hasutan media terhadap Israel dalam pelbagai forum antarabangsa, termasuk institusi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan yang terbaru kenyataannya mengenai “50 peristiwa Holocaust” yang dilakukan tentera Israel terhadap rakyat Palestin.

Sebelum ini, Canselor Jerman, Olaf Scholz pada telah menyuarakan perasaan jijik terhadap kenyataan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang menyatakan bahawa Israel telah melakukan “50 peristiwa Holocaust”.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: