Antarabangsa

Presiden IOC Janji Sokong Pembangunan Sukan Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 20 September 2022 – Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach mengakhiri lawatannya ke Palestin selama dua hari dengan berjanji akan menyokong pembangunan sukan negara itu.

Dalam sidang akhbar bersama Ketua Jawatankuasa Olimpik Palestin (POC), Jibril Rjoub, Thomas berkata bahawa IOC akan terus menyokong POC dalam usahanya untuk membina dan mengukuhkan atlet Palestin sebagai persiapan menyertai Sukan Olimpik 2024.

IOC juga akan membantu ke arah membina pasukan olimpik Palestin yang kuat melalui latihan dan pembinaan kemudahan bersesuaian untuk atlet negara itu, termasuk inisiatif POC untuk membina pusat sukan olimpik sendiri di Palestin.

“Pendekatan POC adalah mengenai keterangkuman, dan kami menuju ke arah menjadikan semua orang boleh mengakses sukan; wanita dan lelaki. Kami membangunkan sukan di setiap inci wilayah kami yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk Timur Baitulmuqaddis, mengikut Piagam Olimpik, namun ini bukan kerja yang mudah,” jelas Jibril.

Di sebalik segala kemungkinan yang dikenakan rejim haram aparteid Israel, POC telah mencapai kemajuan dalam banyak bidang termasuk melancarkan program latihan Olimpik sebagai persediaan perlawanan Paris 2024 dan Los Angeles 2028.

Walaupun begitu, pihak POC masih berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti pergerakan yang terhad, ancaman penutupan berterusan terhadap infrastruktur dan juga ancaman pihak rejim haram merobohkan infrastruktur yang dibina oleh POC.

Dalam pada itu, Jibril menzahirkan ucapan terima kasihnya atas lawatan tersebut sekali gus mengatakan bahawa ia menggambarkan pengiktirafan antarabangsa yang telah dicapai oleh Palestin.

Beliau turut berharap agar ikatan kerjasama antara IOC dan POC dapat membantu dalam membina kemudahan sukan atau mengumpul dana pembangunan di bawah naungan IOC.

Tegasnya, jawatankuasa tersebut harus menghentikan sebarang aktiviti sukan rejim haram aparteid Israel di negara Palestin yang diiktiraf di peringkat antarabangsa mengikut Piagam Olimpik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: