TempatanTerkini

Jangan Sampai Cacing Naik Ke Mata – Hakim Kes Tanah Raub

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN – “Dan akhir sekali ayat yang digunakan oleh hakim, janganlah nanti anak cucu kita mempertikaikan atau mempersoalkan tindakan yang berlaku atas kelalaian kita. Janganlah sampai cacing naik ke mata.”

Demikian kenyataan dari Ketua Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Pahang, Datuk Syed Nasarudin Syed Abd Hadi selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz hari ini memutuskan untuk menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di Raub bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang.

Ujarnya lagi, hakim bersetuju dengan pandangan Peguam Negara bahawa penceroboh tidak mempunyai hak sama sekali untuk memfailkan permohonan dalam kes ini walaupun peguam mereka mengguna pakai hak squatters simpliciter.

“Begitu juga kedudukan peguam penceroboh mengatakan bahawa mereka seolah-olah ada hak dari segi squatters simpliciter. Jadi mahkamah memutuskan bahawa pihak penceroboh tidak ada hak untuk memfailkan permohonan ini. Dengan kata lain, hak locus standi (hak di sisi undang-undang).”

Menyifatkan tindakan pencerobohan sebagai tindakan jenayah, pihak mahkamah juga menyatakan bahawa pihak berkuasa negeri berhak mengambil tindakan terhadap para penceroboh haram itu.

“Jadi, diputuskan atas kedua-duanya bahawa ini merupakan hak kerajaan negeri dan sepatutnya kerajaan negeri boleh mengambil tindakan jenayah sebenarnya. Hakim telah memutuskan bahawa satu perbuatan jenayah telah berlaku. Terpulang kepada pihak berkuasa negeri untuk mengambil tindakan.”

Tambah Datuk Syed Nasarudin lagi, hakim turut bersetuju dengan pandangan Peguam Negara bahawa pihak berkuasa negeri berhak untuk mengeluarkan notis pengosongan tanah dan mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja ke atas tanah tersebut.

“Pihak penceroboh mengatakan itu satu keputusan. Tetapi hakim, setelah mendengar hujah Peguam Negara bersetuju dengan Peguam Negara bahawa notis adalah administrative (pentadbiran) sahaja. Lebih kepada arahan pentadbiran sahaja. Bukan satu keputusan yang boleh disemak. Jadi hakim bersetuju dengan pandangan Peguam Negara bahawa ini bukan keputusan dan notis ini adalah hak pihak berkuasa negeri untuk keluarkan.”

Selain itu, Ketua PEMBELA Pahang itu juga menyampaikan nasihat dan pesanan hakim kepada pihak berkuasa negeri agar tegas dalam hal penguatkuasaan.

“Pihak hakim menegur, kurangnya penguatkuasaan, maka inilah sebabnya jadi macam ini. Hakim menegur dibuat satu tindakan yang lebih tersusun dari segi permohonan tanah supaya lebih teratur dan tidak menjadi masalah yang akan berlaku sehingga kita hadapi pada hari ini. Hakim sentuh bahawa kawasan itu adalah kawasan tadahan air, jadi ambil berat ke atas alam sekitar. Ini teguran yang perlu diambil berat oleh pihak berkuasa negeri

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: