PrEP: Data Mungkin Tunjuk HIV Menurun, Tetapi Aktiviti Berisiko Tinggi Masih Ada
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 01 Januari 2022 – Profesor Perubatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar menegaskan bahawa data mungkin menunjukkan bahawa HIV menurun sekiranya penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) diperluaskan, namun, aktiviti berisiko tinggi seperti seks anal masih tetap ada.
“Data mungkin menunjukkan bahawa HIV itu turun tetapi aktiviti berisiko tinggi itu tetap ada.”
“We have other problems then. We may settle one problem, but we may create other problem. Macam saya kata peningkatan STD dan ubat PrEP yang lain adalah nephrotoxins yang memerlukan monitoring on kidney problem.”
Dedah beliau lagi, satu kajian daripada Australia menunjukkan bahawa pemberian PrEP meningkatkan penyakit bawaan seks seperti STD.
“Satu study yang sama daripada Australia melibatkan 3,000 responden menunjukkan bahawa antara kesan bila bagi PrEP adalah risk compensation. Mereka rasa macam bila dah ada PrEP, dia dah tak payah pakai kondom. Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam penyakit bawaan seks: STD, gonorrhea, siflis, sebab diorang kata tak payah dah pakai kondom.”
Justeru, beliau menegaskan bahawa abstinen merupakan langkah pencegahan terbaik dalam menangani jangkitan HIV yang tersebar melalui hubungan kelamin.
“Sebagai seorang guru kepada pelajar-pelajar perubatan, dan juga apabila kita berbincang dengan ramai lagi sahabat-sahabat kita, kita masih merasakan bahawa abstinen ataupun effort untuk memotivasikan seseorang untuk meninggalkan amalan berisiko tinggi itu yang paling penting untuk kita go all out.”
Kenyataan ini dikongsikannya dalam program Wacana Sinar “PrEP: Tanggungjawab, Pencegahan Penyakit HIV” yang disiarkan baru-baru ini.