Tempatan

Premis Perniagaan Ipoh Bakal Dikompaun Jika Enggan Pasang Jalur Gemilang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 21 Ogos 2023 – Semua premis perniagaan di bandar raya Ipoh bakal dikenakan kompaun sekiranya enggan mematuhi notis pemasangan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan.

Lapor media tempatan, Datuk Bandarnya, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kompaun sebanyak RM250 itu dikenakan mengikut Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan kerana melanggar syarat lesen seperti syarat am yang tertera di belakang setiap lesen premis perniagaan.

“Memang kita nasihatkan semua premis perniagaan yang berlesen untuk memasang Jalur Gemilang, patutnya sekarang mereka sudah pun kibarkan sebab dekat Hari Kebangsaan.”

BACA JUGA: Wabak Pertussis: Situasi Terkawal, JKN Pahang Terus Pantau

BACA JUGA: WWF Malaysia, UMS Guna Teknologi AI Kesan Populasi Orang Utan

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Diseru Fokus Isu Keselamatan Al-Quds – Duta Palestin Ke Malaysia

“Kalau masih berdegil kita akan kenakan kompaun, tapi apapun kita masih bertolak ansur dan nasihatkan mereka terlebih dahulu, sebelum sebarang tindakan diambil.”

Dalam pada itu, jelasnya, sebelum ini, 95 peratus daripada pemilik premis tiada masalah untuk mengibar Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan.

Tambah Rumaizi, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengeluarkan 4,000 notis pemasangan Jalur Gemilang kepada premis kerajaan dan swasta serta telah memasang 7,000 Jalur Gemilang sekitar bandar raya berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: