Tempatan

Hari Wanita 2023: Tanpa Wanita, Kita Akan Kurang Separuh Dari Tenaga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Mac 2023 – “Wanita separuh daripada umat manusia. Kalau wanita tidak mengambil bahagian dalam segala kegiatan manusia, maka kita akan kekurangan separuh daripada tenaga yang ada kepada kita,” kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Atas sebab itu beliau menegaskan bahawa kita harus memberi peranan yang sewajarnya kepada wanita.

“Kita tahu bahawa kebolehan wanita tak kurang berbanding dengan lelaki, tetapi biasanya wanita tidak diberi peluang untuk menzahirkan kebolehan mereka,” kata beliau lagi.

BACA JUGA: 15 Pusat Pemindahan, Tempatkan Lebih 2,000 Mangsa Banjir Pahang

BACA JUGA: JAKIM Gesa Peniaga Dekorasi Al-Quran Buat Semakan

BACA JUGA: Arab Saudi Umum Peraturan Baharu Sempena Ramadhan

Menurut Tun M, ada negara yang mendiskriminasikan sehingga wanita ditekan, tak boleh main apa-apa peranan pun dan tidak pun mempunyai ilmu, dengan itu mereka menjadi lemah.

“Apabila menjadi lemah maka mereka akan ditekan dan dihina oleh lelaki. Ini bukanlah sesuatu yang menepati kebebasan dan hak asasi manusia.”

Justeru, beliau berharap agar wanita di Malaysia akan mengambil tempat mereka seperti yang sewajarnya.

“Kalau kita nak wanita dan lelaki menikmati kehidupan yang sama, kita perlu beri peranan juga kepada wanita dan kebolehan mereka yang istimewa. Saya ucap Selamat Hari Wanita dan saya harap di Malaysia wanita akan mengambil tempat mereka seperti yang sewajarnya,” ujarnya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2023 hari ini.

Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun pada 8 Mac. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memilih 𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯 𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 sebagai tema sambutan untuk tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: