Antarabangsa

Pemilik Kelab Bola Sepak Chelsea Diracun Susulan Perang Rusia–Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKI, 31 Mac 2022 – Roman Abramovich, pemilik kelab bola sepak gergasi, Chelsea, baru-baru ini dikejarkan ke hospital kerana dipercayai diracun ketika menghadiri rundingan perdamaian antara Rusia dan Ukraine.

Beliau bersama dua orang lagi perunding dari Ukraine dipercayai telah diracun apabila mereka mengalami sakit pada mata dan kulit yang menggelupas.

Lapor Daily Mail, oligarki Rusia tersebut dalam situasi yang teruk sehinggakan beliau bertanya sama ada beliau akan mati.

Terdahulu, BBC melaporkan bahawa sumber rasmi Amerika Syarikat (AS) mendakwa yang kejadian ini hanyalah kerana suasana persekitaran.

Namun, Daily Mail pada Rabu semalam melaporkan bahawa pakar mengesyaki Abramovich diracun menggunakan bahan kimia Chloropicrin, sebuah bahan kimia yang pernah digunakan askar Jerman ketika Perang Dunia Pertama.

“Mereka (pakar) mengandaikan yang ini (Chloropicrin) dan beberapa bahan (kimia) peperangan lain (telah digunakan),” ujar Christo Grozev, seorang wartawan siasatan yang mengetuai siasatan insiden ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: